Tuesday 15 October 2013


Selepas bertembung melalui media sejak sekian lama, akhirnya Profesor Dr Muhamad Agus Yusof bertemu secara bersemuka dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan (TMB), Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
Pertemuan itu berlaku pada 14 Oktober lalu apabila Agus, pengkaji politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkunjung ke pejabat Nik Amar dan turut mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.
"Saya bawa dokumen berupa luahan rasa, pandangan dan pendapat saya dan kawan-kawan secara bertulis kepada timbalan menteri besar dan menteri besar," kata Agus ketika mengulas kunjungannya itu.
Awal Ogos lalu, Agus dan Nik Amar saling serang menyerang antara satu sama lain mengenai perkembangan di Kelantan yang semua dibuat melalui media termasuk The Malaysian Insider.
Ia bermula dengan tulisan Agus melalui Facebooknya sempena sambutan 100 hari kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan baru selepas Datuk Nik Aziz berundur sebagai menteri besar.
Sehubungan itu, insiden balas membalas kenyataan berlaku antara mereka dan berakhir dengan Nik Amar memperlawa Agus bertemunya secara bersemuka dan disambut oleh Agus untuk menemui pemimpin Kelantan itu.
Namun ia hanya menjadi realiti 14 Oktober lalu, dua bulan selepas serang menyerang dan sindir menyindir itu berlaku.Agus berkata, pertemuan itu berjalan dengan baik.
"Fokus saya adalah kepada lebuh raya rakyat dan air Kelantan. Alhamdulillah kedua-duanya, menteri besar dan timbalan berjanji akan menyelesaikan perkara ini," kata Agus kepada media selepas pertemuan itu.
"Mereka yakin dengan masa yang ada, ia akan diselesaikan secepat mungkin iaitu pada 2014."Saya harap, ia betul-betul dilaksanakan dan saya akan sentiasa mendapatkan maklumat mengenainya untuk diberitahu kepada rakan-rakan saya," katanya. ~tmi

0 comments:

Post a Comment

Pengikut

Friends