Thursday 4 April 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu.

Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu.

Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.

Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat. -HD





Ulasan GB

1) Nampaknya Najib gelabah sampai tersasul atau guna skrip yang dah siap dari tahun lepas? Beliau umumkan parlimen di bubar hari ini 3 April 2012, bukan 2013.

2) Sekarang Najib baru sedar kerajaan-kerajaan negeri perlu mengadap sultan / Raja / Yang Dipertuan / Yang Dipertua negeri masing-masing untuk memohon perkenan pembubaran DUN masing-masing. DUN Negeri Sembilan dah terbubar sendiri sebelum MBnya mengadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. GB dah ulas sebelum ini. Sila rujuk lampiran.

3) Walau apa pun, GB yakin rakyat seluruh negara menyambut pembubaran parlimen dengan gembira, mengharapkan UMNO BN akan digantikan selepas ini dan Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat pula selepas pilihanraya yang akan datang ini.


SELINGAN



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

0 comments:

Post a Comment

Pengikut

Friends